Assalamualaikum pembuka bicara,
Bersua kembali di ruangan ini,
kali ini saja nak bercerita,
cerita kenangan bersama dikongsi.
Habis kuliah sambung balik bersembang dengan rakan-rakanku.Masing-masing bertukar-tukar fikiran berkaitan tugasan projek ilmiahtahun akhir yang pelu dilaksanakan pada semesta ini. Tiba-tiba tanpa disangka dan diduga bertemu dengan sahabat lama yang telah lama terputus hubungan.Kawan dari sekolah rendah hingga menengah. Sama-sama bekerja di kedai pasu sementara menunggu tawaran melanjutkan pelajaran selepas menduduki SPM. Dulunya kawan sama belajar sekarang beliau menjadi guru saya.kawan yang tida berubah sikap , perwatakan dan rupa paras dari dulu hingga sekarang.
InsyaAllah ...ada kelapangan kita bertemu lagi Dr Hanina Halimatus Saadiah Hj Hamsan.
Kawan yang ketawa, gelak sakan, senyum simpul memang mudah kita dapati dalam kehidupan kita. namun kina saya akui, sahabat dan teman yang benar-benar memahami kita sangat sukar dicari. Dan saya bersyukur dipertemukan dengan rakan-rakan yang hebat. Semoga kita semua mampu menjadi SAHABAT
BalasPadam