Pages

Jumaat, 30 Oktober 2015

BBM3412 Warkah Syurga


WARKAH SYURGA: KASIH DAN PENGORBANAN SEORANG IBU
Cerita sedih  tentang derita dan redha seorang ibu yang mengharapkan anak lelakinya mempertahankannya. Namun anak yang diharapkan pula seakan menurut telunjuk isteri yang kaya raya dan punya segalanya hingga sanggup merancang untuk membuang ibu sendiri. Betapa lemahnya hati seorang suami yang menurut telunjuk isteri dan betapa seorang menantu sanggup melukakan hati ibu mertua hanya kerana malu dengan status ibu mertua yang berasal dari kampung dianggap tidak setaraf dengannya.

Kisah ini juga memaparkan betapa seorang ibu sentiasa berbaik sangka terhadap anak lelaki kesayangannya memendam rasa meskipun tahu si anak mahu membuangnya. Takdir Allah si ibu diselamatkan dan dihantar pulang kekampung oleh seorang samseng setelah berkelahi dengan menantu dan anak lelaki yang telah menghalaunya untuk kali ke dua. 


Sebak rasa hati  bila si ibu dihalau keluar dari rumah dan si ibu masih mendoakan kebahagiaan sang anak, berdoa agar Allah tidak mencampakkan si anak ke neraka malah menghalalkan susu yang diberi! Inilah peranan dan mulianya watak selayaknya seorang ibu. Hanya kita sebagai anak yang harus menilai setakat mana peranan dan kasih sayang yang telah dan sedang kita berikan kepada insan bernama IBU. Betapa tulusnya doa seorang ibu itu dan tiada kasih yang lebih hebat daripada kasih seorang ibu.

komen penonton  yang memberi kata-kata positif berkaitan telefilem Warkah Syurga.

1 ulasan:

Sembang-sembang