Rabu, 23 September 2015
kenangan lalu pembakar semangatku.
- throwback-
terkenang semasa dulu.......... hidup itu indah.
berkongsi pengalaman, suka duka,kegemaran,lifestyle,kasih sayang dan cabaran hidup bersama..
sedikit gambar kenangan bersama en. hubby selepas konvo utm tahun 2012.melihat ketekunan dan ketabahan en.hubby belajar menjadi semangat buatku untuk mengikuti jejak langkahnya. Azam dan Semangat kene kuat untuk meneruskan perjuangan sebagai pelajar.Selepas ini giliran saya pula. Insya Allah tahun 2016 di UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA .
GAMBAR KENANGAN SEMASA KONVO DI UTM.
Bersama 2 orang permata hatiku...masa ni anak yang sulung baru darjah 3 dan yang kecil tu baru masuk 3 tahun.Semasa mengandungkan yang sulung tu baru semester 2 menuntut di Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim(KDC- MPTI ).Merasa berbengkong,berparam bagai kat maktab..cukup masa en hubby hantar makanan dan baby untuk susu...tersenyum balik bila teringat kenangan semasa dulu...yang kecil tu memang terlebih manja degan ayahnya.nak dukung memanjang....nampak ayah terus nak dukung...anak ayah.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Teringat masa Cikgu Kamsiah dalam pantang masa sama-sama belajar KDC di Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim Johor......saya bersama Kak Fadiah dan Seri yang jadi tukang makan makanan orang dalam pantang yang di bawa oleh Ibu Mertua cikgu Kamsiah, pehh sedap lauk-lauknya, terutama ikan bakar beraroma lada hitam.Pernah menyakat kat Cikgu Kamsiah suruh mengandung tiap-tiap tahun supaya kami bertiga boleh tumpang makan makanan orang yang sedang berpantang bersalin.
BalasPadam