Alhamdulillah....
Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada rakan kumpulanku:
Samsiah binti Jaffar dan pasanganya
Leela thewi a/p Chinniah serta pasanganya
yang memberi idea dan kerjasama yang baik sehingga video ini dapat kami hasilkan. Rasa terharu apabila kedua-dua rakan ini sanggup berkorban masa dan tenaga berbincang seterusnya menghasilkan video ini walaupun kami tinggal berlainan daerah .
Terima kasih juga kepada anak didikku tersayang :
Nur Saidatul Zahidah
Nurul Nadia
Nor Shafiqa
Siti Nursafirah
yang turut bertungkus lumus membantuku sehingga video ini dapat dihasilkan.
Seterusnya penghargaan terima kasih kepada suami tercinta yang turut menyumbangkan idea dan tenaga seterusnya menjayakan tugasan ini dari mula sehinggalah akhir .Kepada Adik Haziq Zikri juga( putera ke dua kak sam ) setia menunggu kami seterusnya orang penting dalam pembikinan video ini terima kasih ku ucapkan.
Banyak pengalaman yang diperolehi semasa menyempurnakan tugasan ini kerana tugasan ini memerlukan kerjasama yang padu dari rakan sekumpulan.Beberapa kali pertemuan dan perbincangan dibuat bagi mencapai kata sepakat.setiap idea yang dikeluarkan haruslah melalui proses pentapisan sehingga satu idea untuk menghasilkan video yang lebih baik .
Semasa membuat rakaman video berbagai ragam dan cabaran dilalui disebabkan kurangnya pengalaman dalam rakaman video serta perasaan malu yang menebal untuk memuat turun video ini di you tube.Pada mulanya kami membuat tinjauan di lokasi melihat keindahan kawasan dan tasik serta kurangnya pengunjung membuatkan kami sepakat menghasilkan video disini. Sangkaan kami meleset apabila pada jam 4.00 p.m kelihatan ramai pengunjung datang untuk beriadah .Memandangkan lokasi kami adalah kawasan rekreasi kami terpaksa menahan malu apabila ramai orang datang berkunjung ke tempat tersebut membawa keluarga menikmati suasana taman yang nyaman. Pada mulanya saya kurang berkeyakinan untuk membuat video ini. Tetapi kami cekalkan semangat meneruskan video ini memandangkan tarikh penghantaran tugasan ini semakin hampir. Langkah tari kami menjadi semakin kaku apabila pengunjung menyaksikan pembikinan video ini.
Inilah pengalaman manis sepanjang saya bergelar pelajar PJJ Universiti Putra Malaysia dalm menghasilkan video one shot menyanyikan lagu tradisional ghazal melayu.