Pages

Jumaat, 4 Disember 2015

BBM3412 tugasan kumpulan






Alhamdulillah....


Pertama sekali saya memanjatkan kesyukuran kehadrat ilahi kerana dengan keizinannya tugasan BBM3412 penghasilan video one shot secara berkumpulan ini dapat saya siapkan. Setinggi penghargaan kepada Profesor Madya Dr Normaliza Abd Rahim diatas tunjuk ajar dan bimbingannya sehinggalah video ini dapat dihasilkan.

Jutaan terima kasih  juga diucapkan kepada rakan kumpulanku:





Samsiah binti Jaffar dan pasanganya
Leela thewi a/p Chinniah serta pasanganya 

yang memberi idea dan kerjasama yang baik sehingga video ini dapat kami hasilkan. Rasa terharu apabila kedua-dua rakan ini sanggup berkorban masa dan tenaga berbincang seterusnya menghasilkan video ini walaupun kami tinggal berlainan daerah . 


Terima kasih juga kepada anak didikku tersayang :





Nur Saidatul Zahidah
Nurul Nadia
Nor Shafiqa
Siti Nursafirah

yang turut bertungkus lumus membantuku sehingga video ini dapat dihasilkan.


Seterusnya penghargaan terima kasih kepada suami tercinta yang turut menyumbangkan idea dan tenaga seterusnya  menjayakan tugasan ini dari mula sehinggalah akhir .Kepada Adik Haziq Zikri juga( putera ke dua kak sam ) setia menunggu kami seterusnya orang penting dalam pembikinan video ini terima kasih ku ucapkan.





Banyak pengalaman yang diperolehi semasa menyempurnakan tugasan ini kerana tugasan ini memerlukan kerjasama yang padu dari rakan sekumpulan.Beberapa kali pertemuan dan perbincangan dibuat bagi mencapai kata sepakat.setiap idea yang dikeluarkan haruslah melalui proses pentapisan sehingga satu idea untuk menghasilkan video yang lebih baik .


 Semasa membuat rakaman video berbagai ragam dan cabaran dilalui disebabkan kurangnya pengalaman dalam rakaman video serta perasaan malu yang menebal untuk memuat turun video ini di you tube.Pada mulanya kami membuat tinjauan di lokasi melihat keindahan kawasan dan tasik serta kurangnya pengunjung membuatkan kami sepakat menghasilkan video disini. Sangkaan kami meleset apabila pada jam 4.00 p.m kelihatan ramai pengunjung datang untuk beriadah .Memandangkan lokasi kami adalah kawasan rekreasi kami terpaksa menahan malu apabila ramai orang datang berkunjung ke tempat tersebut membawa keluarga menikmati suasana taman yang nyaman. Pada mulanya saya kurang berkeyakinan untuk membuat video ini. Tetapi kami cekalkan semangat meneruskan video ini memandangkan tarikh penghantaran tugasan ini semakin hampir. Langkah tari kami menjadi semakin kaku apabila pengunjung menyaksikan pembikinan video ini.

 Inilah pengalaman manis sepanjang saya bergelar pelajar PJJ Universiti Putra Malaysia dalm menghasilkan video one shot  menyanyikan lagu tradisional ghazal melayu.

BBM3412 VIDEO ONE SHOT (EMPAT DARA)







EMPAT DARA

-SHARIFAH AINI-


Empat Dara Duduk Di Tepi Sungai
Duduk Menjerat Si Ketamlah Batu

Manis Rupa Hai Elok Perangai
Sukar Dipilih Yang Manalah Satu

Empat Dara Berpakaian Sedondon
Berbaju Putih Berkainlah Biru

Pandai Mengarang Seloka Dan Pantun
Hitam Manis Hai PandanglahTak Jemu

Empat Dara Duduk Di Tepi Sungai
Duduk Menjerat Si Ketamlah Batu
Manis Rupa Hai Elok Perangai
Sukar Dipilih Yang Manalah Satu

Empat Dara Hai Denganlah Lagaknya
Bersiar-siar Sekeliling Kota

Sekali Pandang Senyuman Manisnya
Tak Mungkin Lupa Sepanjanglah Masa



Ada penggalaman berkaitan dengan cabaran semasa menghasilkan video one shoot.kongsi pengalaman pahit manis anda diruangan komen di bawah.



BBM 3412 twitter

Jom bertwitter dan jangan lupa follow saya.
























Ahad, 29 November 2015

BBM3412 Lagu dan lirik










Di dalam hidup kita seharian
Ada persamaan inginan
Mencari harta sebanyak mana
Masa terdaya

Bila mentari menyulubungi
Kitapun bangkit dari mimpi
Menyambung semula pencarian yang
Terhenti semalam

Kepuasan terpancar jelas
Bila yang dimimpi terbukti
Dengan kekayaan yang di miliki
Masih tidak lagi mencukupi
Memang begitu sikap manusia
Tidak puas dengan yang ada
Seolah harta di dunia bisa
Bawa ke sana

Kita terlupa harta yang nak dibawa
Amalan seharian itu yang pasti
Harus di hati

Sudah terlewat bila tubuh terbujur kaku
Tidak berfungsi di saat itulah
Terlihat semua di mana tempat kita
Harus diingat kita hanya musafir
Yang didatangkan hanya sementara
Menghunikan alam
Dan pasti akan dijemput untuk pulang

Dijemput pulang…
Dijemput pulang…










Khamis, 26 November 2015

BBM3412 koleksi pantun.




Terbang merbuk hingga ketanjung,
Hinggap cemara tampak bertunas,
Warisan pantun sentiasa dijulung,
Tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas.


Dihujung selat ditiup bayu,
teratai ditasik tampak berseri,
Dikandung adat budaya melayu,
Pantun kujual silalah beli.






Bunga melati hiasan taman,
Dipetik gadis gaya sedondon,
Marilah taulan marilah teman,
Kita hidupkan budaya berpantun.

Bunga digubah jadi jambangan,
harum semerbak bunga melati,
Kucipta pantun buat renungan,
Pantun kubeli penghibur hati.

















Rakan seperjuanganku

Assalamualaikum pembuka bicara,
Bersua kembali di ruangan ini,
kali ini saja nak bercerita,
cerita kenangan  bersama dikongsi.

Hari yang cukup bermakna pabila bertemu kembali dengan rakan seperjuanganku. Maklumlah belajar PJJ ni selalu hanya dengar suara sahaja tapi hari ini dapat bersua muka.Pertemuan yang penuh dengan tawa-hilai,gurauan serta sesuasana ceria dan meriah yang menggamatkan suasana bilik kuliah kami penuntut pjj. Banyak sekali cerita yang hendak dikongsi bersama. Kesempatan ini digunakan untuk mengambil gambar kenangan sementara menunggu sesi pembelajaran bermula.




Habis kuliah sambung balik bersembang dengan rakan-rakanku.Masing-masing bertukar-tukar fikiran berkaitan tugasan projek ilmiahtahun akhir  yang pelu dilaksanakan  pada semesta ini. Tiba-tiba tanpa disangka dan diduga bertemu dengan sahabat lama yang telah lama terputus hubungan.Kawan dari sekolah rendah hingga menengah. Sama-sama bekerja di kedai pasu sementara menunggu tawaran melanjutkan pelajaran selepas menduduki SPM. Dulunya kawan sama belajar sekarang beliau menjadi guru saya.kawan yang tida berubah sikap , perwatakan dan rupa paras dari dulu hingga sekarang.


InsyaAllah ...ada kelapangan kita bertemu lagi Dr Hanina Halimatus Saadiah Hj Hamsan.



BBM3412 instagram saya

Mari ikuti saya di instagram .kita bersembang dan bertukar-tukar fikiran .Semoga ilmu yang dibincangkan menjalinkan hubungan silaturahim antara kita.



Sembang-sembang