Pages

Ahad, 29 November 2015

BBM3412 Lagu dan lirik










Di dalam hidup kita seharian
Ada persamaan inginan
Mencari harta sebanyak mana
Masa terdaya

Bila mentari menyulubungi
Kitapun bangkit dari mimpi
Menyambung semula pencarian yang
Terhenti semalam

Kepuasan terpancar jelas
Bila yang dimimpi terbukti
Dengan kekayaan yang di miliki
Masih tidak lagi mencukupi
Memang begitu sikap manusia
Tidak puas dengan yang ada
Seolah harta di dunia bisa
Bawa ke sana

Kita terlupa harta yang nak dibawa
Amalan seharian itu yang pasti
Harus di hati

Sudah terlewat bila tubuh terbujur kaku
Tidak berfungsi di saat itulah
Terlihat semua di mana tempat kita
Harus diingat kita hanya musafir
Yang didatangkan hanya sementara
Menghunikan alam
Dan pasti akan dijemput untuk pulang

Dijemput pulang…
Dijemput pulang…










Khamis, 26 November 2015

BBM3412 koleksi pantun.




Terbang merbuk hingga ketanjung,
Hinggap cemara tampak bertunas,
Warisan pantun sentiasa dijulung,
Tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas.


Dihujung selat ditiup bayu,
teratai ditasik tampak berseri,
Dikandung adat budaya melayu,
Pantun kujual silalah beli.






Bunga melati hiasan taman,
Dipetik gadis gaya sedondon,
Marilah taulan marilah teman,
Kita hidupkan budaya berpantun.

Bunga digubah jadi jambangan,
harum semerbak bunga melati,
Kucipta pantun buat renungan,
Pantun kubeli penghibur hati.

















Rakan seperjuanganku

Assalamualaikum pembuka bicara,
Bersua kembali di ruangan ini,
kali ini saja nak bercerita,
cerita kenangan  bersama dikongsi.

Hari yang cukup bermakna pabila bertemu kembali dengan rakan seperjuanganku. Maklumlah belajar PJJ ni selalu hanya dengar suara sahaja tapi hari ini dapat bersua muka.Pertemuan yang penuh dengan tawa-hilai,gurauan serta sesuasana ceria dan meriah yang menggamatkan suasana bilik kuliah kami penuntut pjj. Banyak sekali cerita yang hendak dikongsi bersama. Kesempatan ini digunakan untuk mengambil gambar kenangan sementara menunggu sesi pembelajaran bermula.




Habis kuliah sambung balik bersembang dengan rakan-rakanku.Masing-masing bertukar-tukar fikiran berkaitan tugasan projek ilmiahtahun akhir  yang pelu dilaksanakan  pada semesta ini. Tiba-tiba tanpa disangka dan diduga bertemu dengan sahabat lama yang telah lama terputus hubungan.Kawan dari sekolah rendah hingga menengah. Sama-sama bekerja di kedai pasu sementara menunggu tawaran melanjutkan pelajaran selepas menduduki SPM. Dulunya kawan sama belajar sekarang beliau menjadi guru saya.kawan yang tida berubah sikap , perwatakan dan rupa paras dari dulu hingga sekarang.


InsyaAllah ...ada kelapangan kita bertemu lagi Dr Hanina Halimatus Saadiah Hj Hamsan.



BBM3412 instagram saya

Mari ikuti saya di instagram .kita bersembang dan bertukar-tukar fikiran .Semoga ilmu yang dibincangkan menjalinkan hubungan silaturahim antara kita.



Rabu, 25 November 2015

Sabtu, 31 Oktober 2015

BBM3412 Komen instagram rakan-rakan.




Komen dalam instagram rakan-rakan bercerita tentang pengajaran dan kesedaran samaada berbentuk keagamaan atau estetika.

Komen pertama:





Komen kedua:





Komen ketiga:




Komen keempat :





Komen kelima :






Jumaat, 30 Oktober 2015

BBM3412 Warkah Syurga


WARKAH SYURGA: KASIH DAN PENGORBANAN SEORANG IBU
Cerita sedih  tentang derita dan redha seorang ibu yang mengharapkan anak lelakinya mempertahankannya. Namun anak yang diharapkan pula seakan menurut telunjuk isteri yang kaya raya dan punya segalanya hingga sanggup merancang untuk membuang ibu sendiri. Betapa lemahnya hati seorang suami yang menurut telunjuk isteri dan betapa seorang menantu sanggup melukakan hati ibu mertua hanya kerana malu dengan status ibu mertua yang berasal dari kampung dianggap tidak setaraf dengannya.

Kisah ini juga memaparkan betapa seorang ibu sentiasa berbaik sangka terhadap anak lelaki kesayangannya memendam rasa meskipun tahu si anak mahu membuangnya. Takdir Allah si ibu diselamatkan dan dihantar pulang kekampung oleh seorang samseng setelah berkelahi dengan menantu dan anak lelaki yang telah menghalaunya untuk kali ke dua. 


Sebak rasa hati  bila si ibu dihalau keluar dari rumah dan si ibu masih mendoakan kebahagiaan sang anak, berdoa agar Allah tidak mencampakkan si anak ke neraka malah menghalalkan susu yang diberi! Inilah peranan dan mulianya watak selayaknya seorang ibu. Hanya kita sebagai anak yang harus menilai setakat mana peranan dan kasih sayang yang telah dan sedang kita berikan kepada insan bernama IBU. Betapa tulusnya doa seorang ibu itu dan tiada kasih yang lebih hebat daripada kasih seorang ibu.

komen penonton  yang memberi kata-kata positif berkaitan telefilem Warkah Syurga.

Sembang-sembang