Pages

Sabtu, 31 Oktober 2015

BBM3412 Komen instagram rakan-rakan.




Komen dalam instagram rakan-rakan bercerita tentang pengajaran dan kesedaran samaada berbentuk keagamaan atau estetika.

Komen pertama:





Komen kedua:





Komen ketiga:




Komen keempat :





Komen kelima :






Jumaat, 30 Oktober 2015

BBM3412 Warkah Syurga


WARKAH SYURGA: KASIH DAN PENGORBANAN SEORANG IBU
Cerita sedih  tentang derita dan redha seorang ibu yang mengharapkan anak lelakinya mempertahankannya. Namun anak yang diharapkan pula seakan menurut telunjuk isteri yang kaya raya dan punya segalanya hingga sanggup merancang untuk membuang ibu sendiri. Betapa lemahnya hati seorang suami yang menurut telunjuk isteri dan betapa seorang menantu sanggup melukakan hati ibu mertua hanya kerana malu dengan status ibu mertua yang berasal dari kampung dianggap tidak setaraf dengannya.

Kisah ini juga memaparkan betapa seorang ibu sentiasa berbaik sangka terhadap anak lelaki kesayangannya memendam rasa meskipun tahu si anak mahu membuangnya. Takdir Allah si ibu diselamatkan dan dihantar pulang kekampung oleh seorang samseng setelah berkelahi dengan menantu dan anak lelaki yang telah menghalaunya untuk kali ke dua. 


Sebak rasa hati  bila si ibu dihalau keluar dari rumah dan si ibu masih mendoakan kebahagiaan sang anak, berdoa agar Allah tidak mencampakkan si anak ke neraka malah menghalalkan susu yang diberi! Inilah peranan dan mulianya watak selayaknya seorang ibu. Hanya kita sebagai anak yang harus menilai setakat mana peranan dan kasih sayang yang telah dan sedang kita berikan kepada insan bernama IBU. Betapa tulusnya doa seorang ibu itu dan tiada kasih yang lebih hebat daripada kasih seorang ibu.

komen penonton  yang memberi kata-kata positif berkaitan telefilem Warkah Syurga.

Khamis, 29 Oktober 2015

BBM3412 hujan rahmat.

Hujan merupakan satu rahmat dari Allah. Betapa cantik titisan air hujan yang jatuh kebumi kemudiannya bersatu kembali dan mengalir menuju lautan dan sungai tanpa menggangu penghidupan manusia.
Rahmat yang agung ini adalah kurniaanNya yang sangat besar yang dapat kita rasakan dan perlu direnungi keluasan nikmat serta keagunganNya.
Berdoalah kepada Allah & meminta kebaikan kepadaNya saat hujan turun kerana saat ini termasuk waktu yang mustajab.

Komen dari rakan-rakan.


BBM3412 Hari memanjakan diri

Hari memanjakan diri.
Menyiapkan tugasan MGM 3180 Asas keusahawanan bertemu Pengasas Produk Ailin Skincare selaku Pengusaha Spa Kecantikan Ailin di Bandar Penawar Johor seterusnya mengambil peluang melakukan rawatan kulit muka dan mendapatkan khidmat urutan badan .


Antara komen dari rakan seperjuangan berkaitan tugasan yang diberi.

BBM3412 Doa harian

Doa merupakan permohonan kepada Allah yang disertai keredhaan hati untuk mendapatkan suatu kebaikan. orabg-orang yang taat melakukan ibadah sentiasa mengadakan pendekatan kepada Allah dengan memanjatkan doa yang disertai keikhlasan hati yang mendalam.

Komen dari rakan-rakan tentang doa yang dipost

Rabu, 28 Oktober 2015

BBM3412 Salina

Salah satu novel yang menjadi kegemaranku, sentuhan karya sasterawan negara A. Samad Said berkisar pengorbanan seorang wanita bernama Siti Salina.
Komen dari Rakan- rakan yang turut meminati novel ini.

Selasa, 6 Oktober 2015

Doa hari Isnin




 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُُ

Doa Harian
Hari Isnin

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Dengan nama  AllahYang Maha Pengasih Maha lagi  Penyayang.
Ya Allah, sampaikan shalawat kepada Rasulullah saw dan keluarganya serta sahabat - sahabatnya.

Ya Allah, jadikanlah permulaan hari ini kebaikan, pertengahannya kejayaan,
dan penghujungnya keuntungan.

Aku berlindung pada-Mu dari hari yang permulaannya ketakutan,
pertengahannya kecemasan, dan penghujungnya kesedihan

Ya Allah, aku mohonkan ampun pada-Mu
atas segala nazar yang kunazarkan, atas segala janji yang kujanjikan,
atas segala akad yang kuakadkan, kemudian tak kupenuhi pada-Mu

Aku bermohon pada-Mu
perihal ulahku menzalimi hamba-Mu
bila ada hambaMu, lelaki dan wanita,
yang teraniaya karena kezalimanku pada diri dan kehormatannya,
pada hartanya,pada ahli dan keturunannya.
Atau yang kugunjingkan kejelekannya,
atau yang kusengsarakan karena hawa nafsu, penghinaan,
kesombongan, riya dan kesukuan,
yang hadir dan yang raib, yang hidup dan yang mati
lalu lemah tanganku, sempit tenagaku,

untuk mengembalikan haknya dan meminta kerelaannya.

Karena itu, aku mohonkan pada-Mu

wahai Yang Menguasai segala hajat
hajat yang terpanggil karena kehendak-Nya
hajat yang bergegas memenuhi iradat-Nya

Sampaikan selawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad serta sahabat - sahabatnya. .
ridhakan dia padaku dengan apa yang Kau kehendaki
berikan padaku dari sisi-Mu rahmat
ampunan tidak akan mengurangi keagungan-Mu,
anugerah tidak akan menyusutkan kebesaran-Mu,

Wahai Yang Maha Kasih dari segala yang mengasihi

Ya Allah,

berilah aku pada hari Isnin  ini dua kenikmatan:
pada permulaannya: kebahagiaan menaati-Mu,
pada penghujungnya: kenikmatan akan ampunan-Mu,
Wahai Dia Yang menjadi satu-satunya Tuhan.

Selain Dia tiada yang dapat memberikan ampunan.

         اََمِيْن يَارَبَّ الْعَالَمِيْن

Sembang-sembang